Luahan Penyokong Harimau Malaya
assalamualaikum buat saudara@saudari islam, salam sejahtera buat bukan islam, salam selamat malam. Salam semua sahabat harimau malaya. Perasan tak, pemain malaysia terlalu lama memegang bola, mereka bermain seperti ingin menarik pemain thailand ke kubu malaysia, bagi memberi pemain malaysia sendiri ruang untuk menyerang. Mereka tidak sedar yang pemain-pemain thailand cukup pantas, naik menyerang dan turun ke bawah mempertahankan kubu mereka. Mereka tidak perlu menarik pemain thailand. apa yang mereka perlu buat adalah, membuat percubaan dari jarak jauh apabila menyedari percubaan memasuki kawasan pertahanan thailand adalah sukar. Seperti badrol bakhtiar lakukan apabila masuk sebagai pemain gantian. Kesebelasan perludirombak lagi, malaysia perlu memasukkan pemain yang boleh membuat percubaan pada jarak jauh. Gunakan badrol dan manaf, tiada guna di ambil, jika tidak digunakan khidmat mereka yang terbukti berkesan untuk pasukan mereka. apa yang menjadi persoalan, kenapa tidak pernah digunakan khidmat manaf pada kesebelasan utama, sedangkan beliau menjaringkan gol lebih dari satu semasa perlawanan persahabatan malaysia. Menjadi janggal apabila beliau dimasukkan di beberapa minit terakhir untuk tujuan apa pun tidak tahu, kerana untuk menyentuk bola terlalu sedikit, apatah menyumbat gol. Disinilah pentingnya pemain yang dipilih, semuanya diyakini berkualiti supaya boleh digunakan sebagai kebangkitan menerusi pemain gantian. Melihat kepada permainan malam ini, pertahanan kita tidak dapat mengekang asakan thailand.secara jujurnya, saya sangsi, kenapa kita tidak memilih pemain pertahanan lain di dalam liga malaysia yang lebih berkualiti seperti razman roslan, bunyamin umar, ronny harun dan ramai lagi. Pengiktirafan kepada razman roslan melalui anugerah pertahahanan liga malaysia tidak di ambil kira, seakan tiada fungsi anugerah diterima. melihat kegagalan skuad sukan sea lepas yang dibarisi fadhli shas, kenapa kita masih mahu mengambil beliau. Memang benar pendedahan adalah perlu untuk pemain muda menjadi hebat, tetapi kita jangan sesekali meminggirkan orang yang lebih layak sehingga menjatuhkan nama harimau malaya. pemilihan gary steven robart juga saya persoalkan, kerana beliau bukan pemain utama permulaan sukan sea, dan ada lagi pemain yang lebih baik seperti brendan, ashaari, fauzi roslan, chanturu dan ramai lagi. saya bukan mempertikaikan bakat mereka, tetapi, biarlah mereka menjadi lebih dewasa bersama pasukan negeri terlebih dahulu. malaysia seharusnya sudah boleh melupakan safee sali, kerana beliau sudah seakan hilang sengat kerana hanya memanaskan bangku simpanan di jdt. kalau saya perhatikan, kenapa pemain di eropah bersuara untuk bermain di kelab mereka wakili adalah untuk mengekalkan kecergasan dan mengekalkan rentak permainan. sudah semesti pemain yang layak adalah seperti safik(jdt), badri(kelantan), amri(jdt), manaf(terengganu), indra(felda), badrol(kedah), zubir(terengganu), dan beberapa pemain lain. Disini disangsikan pemilihan pemain-pemain yang hanya berada di bangku
simpanan dalam pasukan negeri. apa yang perlu adalah memilih pemain kesebelasan utama di setiap negeri dan beraksi dengan baik peringkat liga malaysia, langkah seterusnya adalah memberi mereka pendedahan melalui perlawanan persahabatan dan mendapatkan keserasian melalui latihan. jangan kita hancurkan harimau malaya kerana kita sendiri tidak pandai membuat keputusan yang tepat. nama-nama seperti norfarhan(kelantan), razman roslan(pahang), ashaari(terengganu), rony harun(sarawak), bunyamin umar(selangor), Farhan Roslan(Kedah), Muhammad Ridzuan Azly Hussham(perak), Nazrin Mohd Nawi(JDT), dan beberapa nama lagi pemain yang berkualiti harus dipilih. Harus diingat vietnam dan thailand adalah berbeza, thailand bermain terlalu pantas, bijak menutup ruang, cepat merampas bola. kesilapan malaysia adalah terlalu lama memegang bola sehingga memudahkan lawan merampas, kurang melakukan percubaan ke arah gawang pol pasukan lawan. apa yang malaysia perlu ubah adalah cuba melakukan banyak percubaan jarak jauh, jangan memegang bola terlalu lama, mencari rakan yang tidak dikawal pemain lawan untuk menghantar bola, membuat lambungan bola kepada rakan yang jauh, membuat overlapping. Saya juga dapati, pemain malaysia berada terlalu jauh antara satu sama lain, menyukarkan bola untuk dihantar dan cepat dirampas pihak lawan. Saya juga melihat barisan pertahanan kita juga lambat turun untuk menutup ruang dan beberapa kali membiarkan farizal keseorangan. Sepatutnya, apabila pasukan kita di asak, kita mengantikan pemain pertahanan yang tidak beraksi dengan baik kepada yang lain. Saya juga keliru, kenapa pasukan malaysia tidak memasukkan tambahan pertahanan seperti muslim ahmad untuk meningkatkan pertahanan semasa di asak. Saya makin keliru, apabila malaysia memilih untuk memasukkan safee sali berbanding mengeluarkan seorang penyerang dan menggantikan dengan pertahanan untuk mengetatkan kawalan pertahanan. Saya tersangat keliru, apabila malaysia sepatutnya bertahan untuk mengekalkan keputusan 0-0 dengan mengetatkan kawalan pertahanan, tetapi bermain terlalu terbuka dan membiar pemain thailand bergerak bebas. apa2 pun, sebagai penyokong, kita harus akui, itulah sahaja barisan terbaik yang dollah pilih berbanding pemain simpanan seperti safee, dan beberapa yang lain. diharap malaysia akan pamer kebangkitan. seandainya gagal, kami akan terus menyokong. Dan ketahuilah bahawa teguran peminat adalah ikhlas dan untuk kebaikan harimau malaya juga. Tanpa penyokong, harimau malaya tidak akan mampu berdiri dengan megah. harap dimaafkan jika ada salah bicara. salam selamat malam (NNa)
2 Komentar untuk "Luahan Penyokong Harimau Malaya "
Yes..betul...malaysia perlu berbuat demikian...jangan main macam kite dh menang jer..hope menang kat bukit jalil
kebanyakan pemain malaysia kurang berstamina diminit2 akhir..tahap kelajuan larian x dpt menandingi barisan muda dari thailand..